28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PH putar belit ucapan Zahid Hamidi, niat timbul kebencian

Rakyat disarankan tidak terperangkap dengan mainan politik PH yang telah memanipulasikan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid itu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang memutar belit ucapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Pilihan Raya Umum dalam musim banjir turut diselar beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Terbaharu, Exco Pergerakan Pemuda Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin melabelkan sikap pemimpin PH yang memang cuba mengelirukan rakyat menerusi manipulasi dengan niat untuk menimbulkan kebencian.

Menurut beliau, kenyataan Ahmad Zahid yang berucap pada majlis Perhimpunan Gerak Gempur Pemuda BN pada Khamis lalu telah dimanipulasi untuk mewujudkan kemarahan rakyat terhadap BN sekaligus tidak mengundi BN pada PRU15 nanti.

“Apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid semasa program bersama Pemuda BN ialah sekiranya BN menang PRU15 ataupun kalah sekalipun, kita tetap akan turun padang beramai-ramai membantu mangsa banjir dan bukannya turun beramai-ramai mengundi masa banjir.

“Jadi, saya berharap rakyat tidak terperangkap dengan mainan politik PH yang telah memanipulasikan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid itu demi untuk kepentingan politik sempit mereka”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ucapan Ahmad Zahid itu telah dipetik hanya sebahagian oleh pemimpin PH seolah-olah membawa maksud BN sanggup meredah banjir semata-mata untuk mengadakan pilihan raya.

“Inilah masalah pemimpin PH yang suka memutarbelit kenyataan pihak lain, mereka tidak boleh lari daripada bersikap seperti itu, wajah PH penuh dengan manipulasi, kata-kata pemimpin PH tidak lekang dengan putar belit.

“Janganlah cuba hendak mengelirukan rakyat menerusi manipulasi dengan niat untuk menimbulkan kebencian,” katanya.

Tambah Muqharabbin yang juga Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, pemimpin PH jelas kelihatan telah ketandusan isu sehingga terpaksa memetik ucapan Ahmad Zahir secara diluar konteks dan memanipulasikannya.

Rakyat kini kata Muqharabbin, diyakini lebih bijak dan tahu menilai sesuatu secara matang tanpa perlu dimomokkan dengan kenyataan yang berbaur hasutan ke arah kebencian.

“Bagi saya biarlah rakyat sendiri menilai akan sesuatu, kerana saya yakin rakyat dan juga pengundi hari ini lebih bijak dan memahami segalanya.

“Kita tidak perlu lagi berpolitik secara emosi dengan cuba mewujudkan unsur-unsur negatif dalam pemikiran rakyat dan pengundi,”kata Muqharabbin.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan