25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

MOF alu-alukan maklum balas KKA Bajet 2023

Maklum balas yang diterima akan digunakan dalam merangka sebuah bajet tahunan yang memenuhi keperluan rakyat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) mengalu-alukan maklum balas bagi Kertas Konsultasi Awam (KKA) yang diterbitkan untuk Bajet 2023 bertajuk ‘Inisiatif Rangka Kerja Pembiayaan Bagi Pembangunan Mampan.

MOF menerusi satu kenyataan berkata, KKA tersebut merupakan KKA yang terakhir diterbitkan kementerian berkenaan selaras dengan proses penyediaan Bajet 2023.

“KKA ini antara lain mempunyai objektif untuk memastikan rangka kerja pembiayaan bagi pembangunan mampan yang dibangunkan adalah komprehensif dan praktikal dalam usaha mencapai sasaran pelepasan gas rumah hijau sifar (zero greenhouse gas emissions) seawal-awalnya tahun 2050.

“Ia sekali gus menepati matlamat yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 serta memenuhi komitmen negara di peringkat antarabangsa,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, orang ramai dijemput untuk memberikan maklum balas kepada KKA tersebut yang boleh dicapai melalui pautan https://budget.mof.gov.my/bajet2023/kertaskonsultasi/ sebelum atau pada 22 September 2022.

Baca juga:   PIKAS menuju setengah juta, 407,960 individu terima dos pertama

“Secara keseluruhan sebanyak enam KKA telah diterbitkan MOF di mana ia merupakan sebahagian daripada usaha MOF menjadikan proses penyediaan bajet tahunan lebih telus dan penglibatan semua pihak secara menyeluruh.

“Maklum balas yang diterima akan digunakan dalam merangka sebuah bajet tahunan yang memenuhi keperluan rakyat serta selaras dengan dasar pembangunan sosio ekonomi negara,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan