28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pelajar Malaysia ditahan di Mesir telah dibebaskan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir pada 18 September lalu, telah dibebaskan kelmarin.

Beliau berkata, pelajar tersebut berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan pengajian di universiti itu.

Menurutnya, Kementerian Luar Negeri (KLN) telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri Republik Arab Mesir melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah serta Kedutaan Besar Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur

“Ia bagi memastikan kebajikan pelajar tersebut sentiasa terpelihara.

“Kerajaan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama erat dalam perkara ini.

“KLN sentiasa prihatin akan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara serta menasihatkan supaya semua sentiasa peka dan mematuhi undang-undang negara tuan rumah di mana mereka berada,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan punca penahanan mahasiswa tersebut. – BERNAMA

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan