26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

PM bangkit kekecewaan Malaysia kepada Setiausaha Agung PBB

Kerana kegagalan organisasi dunia itu menyelesaikan isu Palestin dan Myanmar terutama berkaitan Rohingya

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membangkitkan kekecewaan Malaysia berhubung isu Palestin dan Myanmar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Menurut Perdana Menteri, pandangan itu disuarakan beliau ketika kedua-duanya bertemu disela-sela Persidangan Agung PBB (UNGA) Ke-77 di New York, Amerika Syarikat,

Menurut beliau, Malaysia menyuarakan kekecewaan kerana isu di kedua-dua negara itu termasuk isu Rohingya yang begitu lama berlarutan dan seperti tiada jalan penyelesaian.

“Saya membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya Rohingya yang telah lama berlarutan dan nampak tiada jalan penyelesaian.

“Saya menegaskan kegagalan tersebut disebabkan veto kuasa besar dan menegaskan kuasa veto perlu dihapuskan, dan PBB perlu tegas dalam isu-isu yang tertunggak seperti isu Palestin dan Myanmar,” katanya menerusi Facebook beliau.

Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan itu Malaysia turut menzahirkan komitmen berterusan terhadap PBB termasuk usaha berterusan Setiausaha Agung untuk menjadikan organisasi itu sebagai pertubuhan antarabangsa yang lebih berkesan dan relevan.

Baca juga:   Pertemuan beri harapan tamatkan sengketa politik

Beliau turut melahirkan harapan agar PBB mampu menjadi badan rujukan seluruh negara dunia yang menghadapi masalah dan pendamai dalam setiap konflik.

Sebelum ini, ketika menyampaikan kenyataan negara pada UNGA Ke-77 Khamis lalu, Perdana Menteri mengkritik PBB terutama Majlis Keselamatan kerana gagal menyelesaikan isu di Palestin dan Myanmar.

Malahan beliau dengan lantang mendesak agar kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB dihapuskan dan mengembalikan organisasi dunia itu ke landasan penubuhannya.

Baca juga:   Pertemuan beri harapan tamatkan sengketa politik

Ismail Sabri berkata, Majlis Keselamatanlah yang menjadi masalah paling besar di PBB.

Menurut beliau, konflik dan krisis yang berlaku di dunia pada masa kini termasuk di Ukraine, Palestin dan Myanmar, tidak dapat diselesaikan akibat kepincangan sistem tadbir urus global dan PBB.

“Masalah yang paling besar di PBB adalah Majlis Keselamatan. Kuasa veto sering kali disalahgunakan untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya.

“Ia tidak demokratik dan melanggar prinsip hak asasi manusia. Ini menyebabkan konflik yang berlaku tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana wakil tetap Majlis tersebut.

“Selaras dengan prinsip satu negara satu undi, sekarang adalah masanya kuasa veto dihapuskan. Sebagai organisasi yang membawa semangat dan lambang demokrasi kepada dunia, PBB perlu kembali kepada landasan penubuhannya,” katanya dalam ucapan dalam bahasa Melayu. – Edisi 9

Baca juga:   Enrolmen lebih 600 murid mungkin hadir tanpa penggiliran

Wartawan

Terkini

Safawi ke Ratchaburi FC – JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan perpindahan Safawi Rasid ke Liga Thailand secara pinjaman. Berita berkenaan diumumkan dalam kenyataan yang...

Lagi Artikel Berkaitan