30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Lelaki maut tersepit rempuh pembahagi jalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dalam nahas kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 86.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara dekat Ayer Hitam berhampiran Kluang, Johor semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ramli Said berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.19 tengah malam.

“Seramai enam anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi mendapati, kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira.

“Mangsa yang merupakan seorang lelaki, R. Karthig berusia 37 Tahun didapati tersepit di bahagian pemandu.

“Melihat keadaan mangsa yang tersepit, PGO Negeri Johor PKO bertindak menggunakan rescue cutter bagi mengeluarkannya bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat diserahkan kepada pihak polis. – Edisi 9

Terkini

IJM Land bantu ringankan beban enam keluarga sambut Syawal

IJM Land Berhad baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada enam keluarga kurang bernasib baik bagi meringankan beban mereka terutama dalam...

Lagi Artikel Berkaitan