29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis Kelantan masih siasat kes lelaki dibawa lari sindiket

Pihak polis juga telah membuat beberapa tangkapan, namun tiada petunjuk yang dapat membantu siasatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan tidak pernah menutup siasatan kes kehilangan seorang lelaki yang dibawa lari dipercayai ke Thailand oleh sekumpulan individu pada 2017.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan kes berkenaan diteruskan dengan mencari bukti dan petunjuk baharu.

“Dalam kes berkenaan, pihak polis juga telah membuat beberapa tangkapan, namun tiada petunjuk yang dapat membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai harapan ibu mangsa yang mengharapkan kepulangan anak lelakinya yang dibawa lari oleh sekumpulan individu pada waktu malam, dalam kejadian pada Julai 2017 lalu.

Bagaimanapun, Muhamad Zaki memohon kerjasama ahli keluarga mahupun orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan untuk berhubung dengan pihak polis.

“Mereka boleh menyalurkan maklumat di hotline PDRM Kelantan di talian 09-7455622 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tidak mengambil tindakan secara bersendirian kerana hanya akan mengundang bahaya dan merencatkan selain merugikan dari sudut perkembangan siasatan.

Semalam media melaporkan, rintihan seorang ibu, Wan Shahrizal Wan Zulkifli, 55, yang mengharapkan perkhabaran anak lelakinya Aiman Zafri, 29, yang dipercayai menjadi mangsa penculikan oleh individu yang dipercayai oleh kumpulan sindiket.

Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan anaknya itu termasuk mencari di serata tempat di selatan Thailand. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan