32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 31, 2023

RM20 juta untuk pendigitalan usahawan luar bandar

Sasaran itu melibatkan 5,000 usahawan luar bandar dan dijangka dapat dicapai menjelang akhir 2025.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM 20 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi mempergiatkan program e-dagang dan pendigitalan kepada usahawan luar bandar di bawah bimbingannya.

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, menerusi peruntukan tersebut, KPLB akan memastikan sasaran RMK-12 yang ditetapkan sebelum ini mampu dicapai menerusi usaha berterusan dan secara kolektif melibatkan agensi-agensi KPLB.

”KPLB menerusi inisiatif yang telah diperkenalkan iaitu [email protected] diyakini mampu untuk membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-dagang dan aplikasi digital,” katanya.

Ramlan berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Pendigitalan Usahawan (PPU) Siri 3 Tahun 2022 Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu.

Turut hadir, Pengarah KPLB Sabah, Johar Julasbi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat E-Lokal Sdn. Bhd, Ahmad Shah Wahid.

Beliau menambah pelbagai usaha telah digerakkan dengan kolaborasi agensi di bawah KPLB bagi melatih dan membangunkan persekitaran keusahawanan luar bandar yang sebelum ini bergantung secara konvensional kepada platform digital bagi meningkatkan akses pasaran.

Baca juga:   KPLB peruntuk RM1.25 bilion untuk pembangunan Sabah 2022
Ramlan Harun menyampaikan cenderamata penghargaan kepada wakil rakan strategik program pendigital usahawan di Kota Kinabalu, Sabah.

”Kita tahu terdapat cabaran dan halangan bagi produk luar bandar menembusi pasaran secara dalam talian, bagaimanapun menerusi platform [email protected], kita bantu luaskan pasaran produk serta perkhidmatan ke pelbagai platform e-dagang selain menambah baik mutu dan kualiti produk dari segi pembungkusan, maklumat produk, foto serta video pendek yang berkualiti dan menarik untuk kesediaan usahawan berniaga dalam talian.

Baca juga:   MPM umum tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM

“KPLB juga menyasarkan sebanyak 5,000 produk dipasarkan di platform e-dagang melibatkan 5,000 usahawan luar bandar di seluruh negara,” ujar beliau.

Beliau menambah, sejak [email protected] diperkenalkan pada 2017, jualan terkumpul adalah sebanyak RM 4.49 juta dengan jumlah produk terkini sebanyak 3,886 unit manakala bilangan usahawan melebihi 3,000 orang.

”Berdasarkan perancangan untuk usahawan luar bandar, KPLB optimis kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang penghujung RMK-12,” katanya.

Mengenai Program Pendigitalan Usahawan (PPU) pula, jelas Ramlan program ini dirangka khusus untuk mempersiapkan usahawan beralih kepada pendigitalan selaras dengan Revolusi Industri 4.0.

Beliau menjelaskan, rakan-rakan strategik yang terdiri daripada pihak bank, penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian serta aplikasi pemasaran dalam talian turut menawarkan khudmat bagi memudahcara proses peralihan perniagaan secara dalam talian.

”PPU Siri 3 ini adalah siri terakhir pada tahun 2022. Pada tahun hadapan, kita akan merancang lebih banyak siri PPU di seluruh negara bergantung kepada kelulusan peruntukan yang akan diputuskan oleh EPU menerusi Rolling Plan (RP) 3 Tahun 2023,” jelas beliau.

Baca juga:   KPLB perkenal program TVET Junior di GiatMARA

Setakat ini, seramai 700 usahawan luar bandar telah mengikuti PPU yang dianjurkan pada tahun ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pendaki wanita hilang di Bukit Tabur ditemui selamat

PENDAKI wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Tabur pada Ahad lalu ditemui selamat. Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis...

Lagi Artikel Berkaitan