28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Lelaki maut kereta rempuh lori balak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut selepas kenderaan Proton Wira yang dipandunya melanggar sebuah lori yang membawa muatan kayu balak.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah, insiden berlaku di Simpang Bijih, Jalan Sibu-Selangau, Sarawak sekitar jam 8 malam pada Jumaat.

Identiti mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Joelin Mat, 38.

Kata Henderi, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.07 malam dan segera mengaktifkan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau menuju ke lokasi.

Advertisements

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati insiden melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan berat lori membawa muatan kayu balak dan sebuah kereta Proton Wira.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan Proton Wira dan beliau segera dikeluarkan oleh pihak bomba yang terlibat,” katanya lapor Astro AWANI.

Bagaimanapun katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik yang tiba kemudian.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk prosedur bedah siasat.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan