31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lawat ADNOC cari peluang kerjasama Petronas – PM

Pertemuan ini antara lain akan membincangkan agenda utama seperti meneroka bidang kerjasama seperti ekonomi digital, keselamatan makanan, pendigitalan pendidikan dan tenaga boleh diperbaharui.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) bagi mencari peluang kerjasama antara Petronas dan ADNOC dalam bidang minyak dan gas serta tenaga boleh diperbaharui.

Beliau berkata demikian sempena lawatan kerja empat hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula hari ini.

“Alhamdulillah, seusai menghadiri persidangan PBB, saya tiba di Abu Dhabi untuk lawatan kerja di UAE.

“Ketibaan saya disambut oleh Menteri Tenaga dan Infrastruktur UAE, TYT Suhail Mohammed Al Mazrouei, Duta UAE ke Malaysia TYT Khalid Ghanim Mohammed Alghaith dan Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Kamarudin Jaffar,” katanya dalam Facebook hari ini.

Menurut Ismail Sabri, ketika di UAE, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, di Istana Presiden di Abu Dhabi.

“Pertemuan ini antara lain akan membincangkan agenda utama seperti meneroka bidang kerjasama seperti ekonomi digital, keselamatan makanan, pendigitalan pendidikan dan tenaga boleh diperbaharui serta penyertaan Malaysia dalam Program Legasi 5 Tahun.

Untuk rekod, pesawat yang membawa perdana menteri dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 8.25 pagi (12.20 tengah hari waktu Malaysia).

Pada 2021, UAE adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.

Bagi tahun 2021, nilai keseluruhan perdagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 7.9 peratus kepada RM22.29 bilion (US$5.38 bilion) berbanding RM20.65 bilion (US$4.93 bilion) pada 2020.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan