31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KKM, ATM siap siaga hadapi musim banjir

Kedua-dua kementerian itu sepakat untuk memperkemas lagi kerjasama bukan sahaja untuk menghadapi banjir, malah mengoptimumkan penggunaan aset bersama.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap siaga menghadapi musim banjir dan tengkujuh yang dijangka berlaku hujung tahun ini. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata, kerjasama antara KKM dan ATM adalah bagi membuat persiapan menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir. 

“Hari ini (semalam) saya berpeluang melawat ke sekitar Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi meninjau kesiapsiagaan pasukan ATM. 

Advertisements
Khairy dan Hishammuddin berpeluang melawat ke sekitar Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan semalam.

“Kami berdua sepakat untuk memperkemas lagi kerjasama kedua-dua kementerian bukan sahaja untuk menghadapi banjir, malah mengoptimumkan penggunaan aset bersama semasa bencana dan aman,” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan