31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Majikan wajib tunggu ketibaan pekerja asing baharu di KLIA

Pekerja-pekerja asing berkenaan tidak akan dilepaskan keluar sehingga majikan sebenar sepertimana dalam permohonan tiba di KLIA .

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJIKAN diwajibkan menunggu ketibaan pekerja-pekerja asing baharu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memastikan pekerja berkenaan mempunyai majikan yang sah.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, majikan perlu bertanggungjawab menguruskan dokumentasi pekerja berkenaan dan membuat pengesahan bahawa mereka adalah majikan kepada pekerja-pekerja tersebut.

“Peraturan Jabatan Imigresen itu memberi tempoh selama enam jam kepada majikan untuk menerima pekerja-pekerja asing mereka di KLIA, namun dalam keadaan tertentu, tempoh itu akan dilanjutkan.

“Pekerja-pekerja asing berkenaan tidak akan dilepaskan keluar sehingga majikan sebenar sepertimana dalam permohonan tiba di KLIA untuk menerima mereka.

“Peraturan ini bertujuan untuk memastikan semua pekerja asing mempunyai majikan yang sah,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk dakwaan berkaitan pengurusan masuk pekerja asing di KLIA menerusi laman sosial.

Menurut beliau, kegagalan majikan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pekerja asing berkenaan diberikan Notis Penolakan Masuk (NTL) dan akan diarah pulang dengan penerbangan berikutnya ke negara asal.

Ujarnya, sejak pembukaan semula sempadan negara, Jabatan Imigresen telah menguruskan kemasukan pekerja asing baharu berjumlah 98,079 dari 1 April hingga 26 Sept lepas. – BERNAMA

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan