24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Isteri usia 54 tahun sanggup ugut bunuh lindungi suami muda

Pasangan suami isteri itu direman empat hari mulai semalam hingga Selasa ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita warga Indonesia berusia 54 tahun sanggup mengeluarkan ugutan bunuh bagi melindungi suaminya yang merupakan warga Mynmar berusia 35 tahun atas tuduhan mencabul.

Kedua-dua pasangan warga asing itu berjaya ditangkap polis di Taman Putra, Ampang, Selangor selepas mereka disyaki terbabit dalam kes berkenaan, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, polis sebelum itu menerima aduan daripada lelaki berusia 42 tahun memaklumkan anak perempuannya berusia 12 tahun dicabul lelaki warga Myanmar itu.

“Malah, mangsa juga sudah beberapa kali diintai ketika mandi. Lelaki itu dan keluarganya menghuni rumah kedai secara sewa bilik, manakala bilik mandi digunakan bersama pasangan suspek terbabit.

“Isteri lelaki itu turut menerima ugutan bunuh daripada isteri suspek kerana mendakwa mangsa mengganggu suspek.

Advertisements

“Dipercayai keluarga mangsa diganggu secara fizikal dan mental sejak sebulan lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar Mohamed Farouk lagi, pada pukul 12.30 tengah malam kelmarin, polis menahan lelaki Myanmar berusia 35 tahun dan isterinya warga Indonesia berusia 54 tahun bagi membantu siasatan kes.

“Pasangan suami isteri itu direman empat hari mulai semalam hingga Selasa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan