32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Daftar derma organ menerusi MySejahtera mulai 6 September ini

Sebanyak 10,442 bilangan pesakit berada dalam senarai menunggu organ tetapi hanya 779 penderma sebenar selepas kematian sejak 1997.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai boleh mula mendaftar sebagai penderma organ menerusi aplikasi MySejahtera bermula 6 September ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini kerana aplikasi Mysejahtera telah menambah ciri baharu iaitu pendaftaran derma organ dan data tersebut terus ke dalam sistem Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, ciri baharu itu diharapkan dapat meningkatkan kadar pendaftaran penderma organ di Malaysia.

“Dilaporkan seramai 10,442 bilangan pesakit berada dalam senarai menunggu organ tetapi hanya sebanyak 779 penderma organ sebenar selepas kematian sejak 1997. 

“Malaysia masih tergolong antara 10 negara dengan kadar transplantasi terendah di dunia tahun lepas iaitu 2.84 pembedahan transplantasi berbanding 5.84 pada tahun 2020 bagi setiap sejuta populasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Kuala Lumpur, hari ini. 

Khairy berkata, rakyat harus sedar kepentingan pendermaan organ kerana  jumlah penderma masih terlalu rendah di Malaysia.

“Saya percaya tiada hadiah yang lebih bermakna boleh diberi kepada orang lain daripada nyawa kita melalui organ yang tidak digunakan dan yang masih dalam keadaan baik. 

“Dinasihatkan juga apabila mendaftar sebagai penderma organ, maklumkan kepada ahli keluarga supaya tidak berlaku permasalahan apabila penderma tersebut meninggal,” katanya.

Untuk rekod, majilis itu bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pendermaan organ dan transplantasi supaya dapat meningkatkan kadar pendermanya di negara ini.

Sejak negara memulakan perkhidmatan transplantasi, sebanyak 2,700 kes dijalankan melibatkan pendermaan organ.

Dalam pada itu, berhubung pemakaian pelitup muka, Khairy menyatakan KKM akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu selewat-lewatnya Rabu ini.

Menurutnya, Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka pada minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai berhubung perkara itu, sebelum mengumumkan keputusan baharu mengenai pemakaian pelitup muka.

-EDISI9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan