25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Pasca-Najib: UMNO perlu segera ‘move on’

Segala tumpuan dan fokus tidak lain selain untuk menang mutlak dalam PRU-15

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh NOOR AZLEEN AMBROS

UMNO berhak untuk bersedih sebagai menzahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku kepada Datuk Seri Najib Razak.

Justeru, sama-samalah kita terus berdoa agar keluarga Najib diberi segala kekuatan dan ketabahan untuk berdepan dengan segala dugaan atas ketentuan ke atas beliau.

Sejarah panjang UMNO telah membuktikan bahawa parti itu dan segala isi perjuangannya tidak sesekali terbelenggu dengan mana-mana individu.

Bahkan, individulah yang terpaksa bersandar dan berpaut kepada UMNO untuk bertaut dan bergayut pada dahan kuasa.

Sejauh mana pun hebatnya karisma dan pengaruh individu dalam UMNO, bakti dan jasa yang ditabur hanya telah dimungkinkan kerana dokongan UMNO kepada mereka.

Rentetan daripada apa yang berlaku ke atas Najib, UMNO perlu segera move on dan mara.

Situasi kini menjadikan UMNO tidak punya banyak pilihan dan pilihan yang ada pada UMNO pula sangat terhad.

Segala tumpuan dan fokus tidak lain selain untuk menang mutlak dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Dan segera move on adalah antara pilihan terhad yang ada.

Agar UMNO tidak terbelenggu dengan the actual big picture yang perlu diberikan fokus dan tumpuan.

Baca juga:   Tabung Haji nafi wujud kartel, dakwaan tidak berasas

Tatkala Najib telah buktikan bahawa parti tidak pernah sesekali dijadikan alat atau perisai untuk beliau berlindung, apatah lagi membela diri.

UMNO pula telah buktikan bahawa parti tidak juga sesekali kompromi soal nilai dan integriti.

Baca juga:   Laporan 'telur kurang kerana ayam enggan bersetubuh' palsu

Segeralah move on bagi menjamin kemenangan parti.

Yang akan memungkinkan segala kepincangan institusi kini, termasuklah penumpuan kuasa berlebihan kepada Peguam Negara dapat diperbaiki.

Bidang kuasa dan budi bicara Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dicerai, dan dijadikan janji pembaharuan institusi oleh parti.

  • Penulis adalah Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang. Tulisan ini dipetik daripada Facebook beliau.

Wartawan

Terkini

Ini bukan pengakhiran karier politik saya – Hishammuddin

AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang digantung keahlian dalam UMNO menegaskan keputusan itu bukan pengakhiran kepada karier politiknya. Sebaliknya bekas...

Lagi Artikel Berkaitan