24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Imam berdepan 12 pertuduhan rogol, seks luar tabii adik ipar

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh antara September 2017 sehingga 13 Jun 2022 di dua lokasi berbeza dalam daerah Jasin.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG staf jabatan agama berdepan 12 pertuduhan rogol, amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap adik iparnya sejak lima tahun lalu di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini.

Tertuduh yang berusia 40 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Sabri Ismail dan Nariman Badruddin.

Mengikut enam pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang imam didakwa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan sejak mangsa berusia sembilan tahun dua bulan sehingga 13 tahun 11 bulan.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan.

Tertuduh juga berdepan dengan empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama dan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK) dan dibaca bersama Seksyen 16(1) serta Seksyen 27(1) akta yang sama.

Sementara itu, mengikut dua lagi pertuduhan, bapa empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan mangsa sama.

Advertisements

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh antara September 2017 sehingga 13 Jun 2022 di dua lokasi berbeza dalam daerah Jasin.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari dalam prosiding berasingan memohon agar jaminan tidak dibenarkan.

Ujar pendakwaan, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara jaminan sebanyak RM120,000 dicadangkan bagi kesemua 12 pertuduhan selain syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai.

Dalam pada itu, tertuduh yang diwakili Peguam Andrew Lourdes merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan mempunyai empat anak berusia antara 16 hingga 3 tahun yang masih bersekolah, selain hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai penjawat awam.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM79,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 6 Oktober ini untuk tarikh sebutan semula kes.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan