22.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

BN sedia tawan kembali Pulau Pinang – Ismail Sabri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat semangat yang dibawa Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, membuktikan parti berkenaan sudah bersedia menawan semula hati rakyat di negeri terbabit.

“Malam semalam saya tiba di Pulau Pinang dan terus bertemu dengan keluarga besar BN Pulau Pinang bagi merapatkan lagi silaturahim serta beramah mesra dengan pimpinan dan jentera kita bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15).

“Lautan biru BN yang amat besar dengan semangat yang dibawa BN Pulau Pinang malam tadi membuktikan kita telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang,”katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Advertisements

Menurutnya yang juga Naib Presiden Umno, BN perlu mempertingkatkan gerak kerja bagi memahami masalah dihadapi rakyat terutama golongan remaja yang turut akan mengundi kelak.

“Golongan muda seawal usia 18 tahun yang akan mengundi kelak akan sentiasa menjadi keutamaan BN dan gerak kerja perlu dipertingkat untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi golongan ini.

“Saya ingin tegaskan bahawa kita perlu bersatu padu dan saling membantu di antara parti komponen kerana nawaitu kita untuk memenangkan calon BN pada PRU yang bakal tiba,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan