26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023

Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra buat kemunculan pertama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTANAH Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah semalam membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK).

Majlis menerima menghadap itu adalah yang pertama Nur Diana Petra membuat kemunculan awam selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam hantaran di Facebook memaklumkan rombongan beberapa ahli pertubuhan PKDK itu diketuai oleh presidennya Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir Tengku Sri Kelantan D’ Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah; Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.

Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan pada majlis itu.

Sultanah Kelantan bersama sebahagian ahli rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan.

Pada 2 Ogos lalu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari tersebut.

Baca juga:   Pesanan terakhir Najib kepada keluarga sebelum ke penjara

Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar, Kota Bharu yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.

Menurut Ahmad, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.

Baca juga:   PKP: Tiada solat fardu, Jumaat di surau, masjid

Baginda juga memperkenankan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Elemen amanah, keyakinan perlu diterap dalam pasukan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada jemaah menteri dan penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan yang...

Lagi Artikel Berkaitan