25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 27, 2022

Che Puan Nur Diana Petra diisytihar sebagai Sultanah Kelantan

Isteri Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra pula diberi gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan  tersebut di Istana Balai Besar, Kota Bharu yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.

Menurut Ahmad, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.

Baginda juga memperkenankan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.

Baca juga:   Pemandu treler mengaku tidak bersalah
Sofie Louise Johansson Petra kini digelar Che Puan Mahkota Kelantan

Kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.

– EDISI9

Wartawan

Terkini

Tun M ucap terima kasih kepada 4,566 pengundinya

TUN Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada 4,566 pengundi di Parlimen Langkawi yang memberi undi kepada beliau dalam...

Lagi Artikel Berkaitan