31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Virus selesema tomato dikesan di selatan India

Hampir 100 kes telah dilaporkan di India setakat ini, tetapi tiada kematian dilaporkan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

VIRUS baharu yang dikenali sebagai selesema tomato telah dikesan dalam kalangan bayi dan murid sekolah di beberapa negeri India, khususnya di selatan India, sejak tiga bulan lalu.

Penyakit ini mendapat namanya daripada lepuhnya berbentuk tomato yang muncul di seluruh badan pesakit kanak-kanak.

Hampir 100 kes telah dilaporkan di India setakat ini, tetapi tiada kematian dilaporkan.

Gejala virus ini termasuk demam panas, ruam merah pada badan dan sakit sendi yang teruk.

Kanak-kanak yang menghidap selesema tomato juga menunjukkan beberapa simptom seperti Covid-19 dan beberapa penyakit biasa kanak-kanak lain, kata laporan media.

Rawatan termasuk pengasingan, rehat, banyakkan mengambil cecair dan tuam air suam untuk melegakan kerengsaan dan ruam.

Selain itu, pengambilan parasetamol untuk demam dan sakit badan serta rawatan simptomatik lain diperlukan, seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan.

Baca juga:   110 sekolah rintis kelas hibrid mulai bulan depan - Radzi

Susulan pengesanan kes sedemikian, Kerajaan Persekutuan mengeluarkan nasihat minggu lepas, mengarahkan ibu bapa memastikan anak-anak tidak memeluk atau menyentuh kanak-kanak lain.

Setakat 26 Julai, lebih 82 kanak-kanak berumur bawah lima tahun yang dijangkiti.

“Selesema tomato adalah penyakit virus. Penyakit virus endemik ini mencetuskan amaran di negeri jiran Tamil Nadu dan Karnataka.

”Selain itu, 26 kanak-kanak (berumur 1-9 tahun) dilaporkan menghidap penyakit itu di Odisha,” kata nasihat itu. dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun virus selesema tomato menunjukkan simptom serupa dengan jangkitan virus lain seperti demam, keletihan, sakit badan dan ruam pada kulit, virus ini sama sekali tidak berkaitan dengan SARS-CoV-2, cacar monyet, denggi, atau chikungunya,” ia tambah.

Baca juga:   Terus perkukuh kesepaduan dan keharmonian - Muhyiddin

Setakat ini virus berkanaan tidak ada ubat khusus untuk merawatnya. –Agensi

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan