29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Persidangan UMNO bermula 15 Ogos tanpa pemilihan – SUA

Mesti Baca

UMNO akan mengadakan persidangan tahunannya bermula 15 Ogos ini tanpa pemilihan jawatan di semua peringkat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, ia dimulai dengan persidangan UMNO cawangan pada 15 Ogos hingga 18 September di seluruh negara.

Ini diikuti oleh Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian pada 7, 8 dan 9 Oktober seterusnya Mesyuarat Perwakilan Bahagian pada 14, 15 dan 16 Oktober.

Manakala Perhimpunan Agung UMNO pula akan dilangsungkan pada 23 hingga 26 November 2022.

“Tidak ada pemilihan jawatan dalam Persidangan Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung, tiada pemilihan jawatan di semua peringkat pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini.

Ahmad berkata, MKT turut memperakukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan sedikit pindaan terhadap Perlembagaan UMNO yang berkuat kuasa mulai 29 Julai lalu.

“MKT merakamkan ucapan terima kasih atas kelulusan yang diberikan itu,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) diminta mengambil langkah meminda undang-undang tubuh atau enakmen negeri masing-masing setelah pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan lompat parti selesai digezetkan.

“MKT juga menggesa jentera parti di semua peringkat menumpukan kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bilapun tarikhnyay yang akan ditentukan,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan