26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Fasa 1 projek internet tabika kemas dijangka mula hujung tahun ini

KPLB akan menjalin kerjasama dengan K-KOMM bagi memastikan capaian Internet di premis Tabika KEMAS di seluruh negara lebih baik.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKSANAAN projek naik taraf capaian Internet di premis Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi fasa satu dijangka bermula hujung tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihaknya sedang menunggu jumlah peruntukan yang akan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“Keperluan untuk menyediakan kemudahan Internet terutama bagi tabika yang terletak di pedalaman merupakan usaha untuk memastikan Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika KEMAS berjalan lancar seterusnya menjadi aspirasi kepada pembangunan bakat awal kanak-kanak.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Penutup Ekspo Buku Malaysia dan Anugerah Buku Negara 2022 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, hari ini.

KPLB jelas Mahdzir, akan mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Kewangan bulan depan bagi membincangkan mengenai peruntukan dan kaedah pelaksanaan projek berkenaan.

Pada Mei lalu, Mahdzir dilaporkan berkata KPLB akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi memastikan capaian Internet di premis Tabika KEMAS di seluruh negara lebih baik.

Beliau juga kata Mahdzir, telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini berhubung projek meningkatkan capaian Internet di 11 ribu premis Tabika KEMAS.

-EDISI9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan