34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

1,496 paket minyak masak, 297kg gula di kedai runcit dirampas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Labuan merampas 1,496 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) dan 297kg gula dari sebuah kedai runcit di Kampung Sungai Keling di Labuan, semalam.

Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata, rampasan dengan nilai keseluruhan RM4,586.45 itu dilakukan oleh pasukan penguat kuasa semasa pemeriksaan rutin mengenai pematuhan penjualan barangan kawalan bersubsidi oleh peniaga pada jam 4.30 petang.

Katanya, pemilik kedai runcit tersebut tidak memiliki lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk menjual barangan kawalan tersebut.

Advertisements

“Lesen untuk menjual barang kawalan tersebut hanya RM10 setahun dan masih ada peniaga gagal memohon lesen tersebut daripada KPDNHEP,” katanya.

Menurutnya, operasi pemeriksaan pematuhan syarat lesen akan dijalankan di semua kedai runcit di kawasan perkampungan dan kawasan penempatan.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan