24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pegamal perubatan tradisional didakwa membunuh

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati yang mana ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengamal perubatan tradisional didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang mendapatkan rawatan di rumahnya bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Che Hong Chiew, 51, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati yang mana ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Hong Chiew didakwa telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Lim Sin Lue, 41, di ruang tamu sebuah rumah di Jalan Perdana 2/20, Pandan Perdana di sini antara pukul 4.45 petang hingga pukul 5 petang pada 27 Julai lalu. (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendawa Raya Annur Athirah Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisements

Tiada ikat jamin diberikan dan mahkamah kemudian menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Media 28 Julai lalu seorang wanita meninggal dunia di ruang tamu kediaman pengamal perubatan tradisional di Pandan Perdana dipercayai ketika mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan daripada ibu mangsa kira-kira pukul 6.35 petang memaklumkan anaknya telah meninggal dunia.

Menurut polis mangsa yang merupakan wanita berusia 41 tahun itu telah pergi ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan sejak minggu lalu sebelum mangsa ditemui meninggal dunia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan