34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Najib hentikan khidmat Muhammad Shafee wakili kes SRC

Najib juga telah melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahguan Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim dan peguam berasal dari Singapura, Niru Pillai.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Perkara itu dimaklumkan oleh firma guaman Tetuan Shafee & Co. melalui sepucuk surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel dan Peguam Cara kepada pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh hari ini.

Berdasarkan surat tersebut, pihaknya telah diberhentikan oleh Najib kira-kira pukul 5 petang semalam.

Najib juga telah melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahguan Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim dan peguam berasal dari Singapura, Niru Pillai.

Firma guaman tersebut memberitahu, pihaknya akan menyerahkan segala dokumen fizikal dan digital kepada Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) selewat-lewatnya hari ini.

Tambah firma guama Muhammad Shafee, salinan digital bagi kesemua rekod rayuan, kertas-kerta kausa bagi permohonan untuk mengemukakan keterangan tambahan dan kertas-kertas kausa bagi meminda Notis Usul telah pun diserahkan kepada ZIST pada 5 Julai lalu.

Advertisements

Rayuan akhir Najib dijadualkan untuk pendengaran selama 2 minggu bermula 15 Ogos ini. Muhammad Shafee telah mewakili Najib sejak Ahli Parlimen Pekan itu didakwa pada 4 Julai 2018. Prosiding terakhir membabitkan kedua-dua pihak itu adalah pada 21 Julai lalu.

Pada 29 April lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos iaitu pada 15 hingga 25 Ogos ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.

Pada 18 April lalu, Najib memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga 25 April ini untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Pada 8 Disember 2020, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan