29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

KPLB lancar Aspirasi Kampung Sejahtera capai SDG 2030

Pelaksanaan Aspirasi Kampung Sejahtera ini melibatkan pembangunan luar bandar yang berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi dalam kalangan komuniti ke arah kesejahteraan kampung.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini melancarkan Aspirasi Kampung Sejahtera sebagai inisiatif komprehensif selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sembilan kriteria dikenalpasti sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama serta 17 Agenda dibawah SDG bagi pelaksanaan Aspirasi Kampung Sejahtera KPLB.

“Pelaksanaan Aspirasi Kampung Sejahtera ini melibatkan pembangunan luar bandar yang berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi dalam kalangan komuniti ke arah kesejahteraan kampung.

“9 kriteria itu termasuk Infrastruktur, Ekonomi Berimpak Tinggi, Modal Insan Berdaya Maju, Kesihatan, Kebersihan dan Keceriaan, Keagamaan dan Kerohanian, Keselamatan, Kepimpinan dan Pentadbiran serta Budaya Inovasi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Aspirasi Kampung Sejahtera KPLB di ibu negara hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Serentak pelancaran itu, Mahdzir berkata, KPLB melaksanakan Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera (PAKS) untuk mengenal pasti kampung-kampung yang berpotensi diketengahkan dan bersesuaian dengan konteks Aspirasi Kampung Sejahtera.

Baca juga:   Felcra umum agih keuntungan RM153 juta

“Pertandingan ini terbuka kepada dua kategori iaitu Kampung Tradisional dan Rumah Panjang di bawah pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan satu kategori lagi adalah Kampung Orang Asli dibawah Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA).

Baca juga:   Felcra umum agih keuntungan RM153 juta

Pertandingan itu tambah Mahdzir, dibuka selama enam bulan bermula April sehingga Oktober 2022.

“Proses penilaian akan mula dilaksanakan pada pertengahan bulan Ogos dimana kampung yang terpilih sebagai pemenang akan diiktiraf sebagai Kampung Sejahtera.

Setakat ini katanya, 126 pencalonan kampung telah diterima dari dua kategori iaitu 112 buah Kampung Tradisional dan Rumah Panjang yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri.

Manakala 14 pencalonan bagi Kampung Orang Asli dikemukakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Lima aspek dinilai iaitu Tadbir Urus Berkesan, Inovasi dan Aspirasi, Ekonomi Berdaya Saing, Modal Insan, Kesihatan dan Persekitaran serta Prasarana dan Kemudahan Masyarakat.

“Proses transformasi kepada Kampung Sejahtera ini akan dilaksanakan secara berfasa mengikut kategori dan topografi kampung berkenaan yang melibatkan komitmen, kolaborasi serta koordinasi pelbagai pihak secara berterusan dalam jangka masa panjang.

“Ini termasuk kerjasama strategik dengan Kementerian dan agensi Kerajaan berkaitan, Kerajaan Negeri, NGO, syarikat korporat dan pihak berkepentingan yang lain”, kata Mahdzir.

Terdahulu Mahdzir turut mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan EXCO Kerajaan Negeri Pembangunan Luar Bandar (MEXCLUB) Kali Ke-54.

Baca juga:   Fokus tangani Covid-19, PRU-15 bukan keutamaan - Mahdzir

Mesyuarat membincangkan isu berkaitan pelaksanaan projek infrastruktur luar bandar dan program pengukuhan keselamatan makanan negara di bawah KPLB.

Susulan mesyuarat itu juga, Mahdzir mengumumkan peruntukan khas RM500 ribu bagi setiap EXCO bagi pelaksanaan projek pembangunan di kawasan DUN masing-masing.

Baca juga:   Cabaran besar menanti graduan pasca-pandemik

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kerajaan negeri Johor bentang Belanjawan Johor 2023, esok

KERAJAAN negeri Johor akan membentangkan Belanjawan Johor 2023 secara langsung pada 9.30 pagi esok. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan