27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Mayat wanita dibaham buaya ditemukan selepas 15 jam

Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang wanita yang dilaporkan dibaham buaya di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan, Sabah, ditemukan selepas lebih 15 jam insiden berkenaan dilaporkan.

Mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemukan penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pukul 6.35 pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, pada awal pagi tadi penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

“Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemukan tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna.

“Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan dibaham buaya.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, ” katanya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa dibaham buaya ketika memancing di tebing sungai berkenaan pada pukul 3.40 petang semalam.

Mangsa memancing bersama keluarganya di tebing sungai di kampung berkenaan ketika kejadian.

Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan ibunya daripada menjadi mangsa buaya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan