28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Kumpulan cuba pecah-belah UMNO diminta bertaubat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN terdiri daripada ahli-ahli yang cuba memecahbelahkan parti dengan melaga-lagakan antara pemimpin diminta insaf dan segera bertaubat.

Exco Pemuda UMNO, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, kumpulan berkenaan juga seharusnya meminta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO.

Menurutnya, semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas, Perdana Menteri telah menyokong usul pindaan Perlembagaan parti bagi penangguhan pemilihan di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

“Sekarang mana perginya suara sumbang dan tin kosong yang selama ini mengatakan Ismail Sabri mahukan pemilihan parti dahulu kerana beliau mahu menjadi Presiden UMNO.

“Satu persatu tindakan Ismail Sabri memihak kepada UMNO. Hingga Bersatu berasa kecewa dan tidak henti-hentu mengugut Perdana Menteri.

“Inilah seni politik Naib Presiden UMNO kita yang bijak dan cermat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Najmil Faiz Mohamed Aris

Terdahulu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan permohonan berkaitan perlembagaan UMNO dengan sedikit pindaan, berkuat kuasa 29 Julai.

Baca juga:   Pindah pusat pentadbiran: Malaysia sedia kongsi pengalaman

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung UMNK Datuk Seri Ahmad Maslan yang menerima pemakluman itu menerusi surat daripada jabatan itu.

ROS bersetuju dengan pindaan perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti itu di semua peringkat diadakan tidak melebihi enam bulan selepas sesuatu pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Dalam pada itu, Najmil turut berkongsi kenyataan Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO, yang menganggap Perdana Menteri sangat berpegang kepada prinsip dan menunaikan janji parti.

Baca juga:   Nilai kebolehjangkitan Covid-19 di Selangor tertinggi di Malaysia

“Pada masa yang sama beliau sangat teliti dengan kerjasama bersama parti-parti yang mendokong kerajaan kini.

“Walaupun beliau memimpin kerajaan yang dianggotai Bersatu, namun tidak pernah sesekali beliau membelakangi UMNO malah menguntungkan parti,” katanya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu berkata, Perdana Menteri turut menunaikan janjinya di mana RUU Antilompat Parti telah pun lulus dan sekali gus menjadikan UMNO sebagai pelopor dalam reformasi institusi seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat MKT pada 27 Ogos 2021.

“Saya harap golongan yang memecah belahkan UMNO ini sedar dan bertaubat. Mereka sepatutnya meminta maaf kepada YAB DS Ismail Sabri.

“Sekarang adalah masa kita bersatu dan memperkukuhkan parti menghadapi PRU-15.

“Terima kasih Ismail Sabri kerana telah membuktikan beliau adalah pemimpin UMNO sejati yang sentiasa mendahulukan kepentingan UMNO berbanding peribadi,” katanya.

Baca juga:   PM kemuka pelan kerjasama bi-partisan selesai kemelut politik

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Wan Rosdy angkat sumpah MB Pahang

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi dipilih menerajui Pahang sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 selepas pembubaran Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan