24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Lesen 14 syarikat ditarik balik susulan seludup minyak masak

Dalam proses penghakiman di mahkamah berkaitan dengan isu ketirisan atau penyeludupan minyak masak ke negara jiran.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-KURANGNYA 14 syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi ditarik balik lesen dan dihadapkan ke mahkamah selepas dikesan menyeludup barangan bersubsidi itu ke negara jiran.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, ia adalah antara tindakan tegas dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi isu ketirisan minyak masak bersubsidi, yang dikesan dijual secara terbuka di Thailand.

“Kementerian tiada indeks ketirisan setakat ini, cuma kita sudah menarik balik lebih daripada 14 syarikat (pembungkus minyak masak bersubsidi).

“Ketika ini, kita dalam proses penghakiman di mahkamah berkaitan dengan isu ketirisan atau penyeludupan minyak masak ke negara jiran.

“Kita juga akan meneliti peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pembungkus minyak masak bersubsidi untuk memastikan mereka boleh menyumbang dalam mengatasi masalah ketirisan minyak ke luar negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang bertanya sama ada kementerian itu mewujudkan indeks ketirisan serta jumlah syarikat yang ditarik balik lesen kerana menyeleweng minyak masak bersubsidi, selain peranan GLC dalam program minyak masak bersubsidi.

Advertisements

Dalam pada itu, Rosol memaklumkan, subsidi sementara untuk minyak masak botol satu hingga lima kilogram hanya dilaksanakan antara Ogos 2021 hingga Jun lalu.

Bagaimanapun menurutnya, penamatan subsidi sementara itu bukan bererti kerajaan tidak prihatin pada beban rakyat yang berdepan isu kenaikan mendadak harga barangan mentah.

“Sehingga hari ini, kerajaan masih meneruskan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) iaitu subsidi minyak masak dalam pek polibeg satu kilogram dengan harga jualan runcit RM2.50.

“Dalam tempoh 11 bulan hingga Jun lalu, subsidi yang diperuntukkan kerajaan untuk minyak masak satu, tiga dan lima kilogram adalah berjumlah RM382,102,451.71.

“Ini untuk minyak masa sahaja. Ertinya, jika turut mengambil kira subsidi untuk bahan lain seperti gas, petrol, gula dan sebagainya adalah lebih banyak lagi,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan