31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jurang IHPG dan IHP faktor kadar inflasi kekal rendah 2.8 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JURANG di antara Indeks Harga Pengeluar (IHPG) dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia adalah yang terbesar dengan terkini pada bulan Mei 2022 adalah pada kadar 11.2 peratus manakala IHP pada kadar 2.8 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam bahasa mudahnya, sepatutnya dengan kenaikan IHPG sebanyak dua angka, kenaikan IHP juga seharusnya hampir kepada dua angka.

“Bagaimanapun ianya tidak berlaku kerana langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan.

“Ini menunjukkan bahawa dengan kadar IHPG dan IHP sahaja kita sudah melihat kejayaan Kerajaan untuk mengawal kesan negatif daripada inflasi,”katanya dalam Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022, di sini.

Beliau berkata, kesan ini dapat dilihat dengan nyata disebabkan oleh faktor pemberian bantuan dan subsidi sama ada secara langsung atau tidak langsung yang manfaatnya dinikmati oleh pengguna dan rakyat Keluarga Malaysia secara amnya.

Sementara iitu, berkenaan isu minyak masak polibeg 1 kilogram (kg) Perdana Menteri berkata, kuota 60,000 metrik tan bagi keperluan isi rumah sebenarnya mencukupi malahan berlebihan.

“Isu semasa minyak masak polibeg adalah disebabkan ketamakan segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri dan mendapat keuntungan singkat dalam kepayahan orang lain.

“Kejadian penyeludupan serta salah guna minyak masak subsidi ini oleh pihak industri akan dibanteras,”katanya.

Ujar beliau, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hanya mempunyai 2,200 penguatkuasa dan dengan jumlah kekuatan anggota yang terhad adalah sukar untuk melakukan pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh Malaysia terutamanya di kawasan sempadan.

“Bagaimanapun, sumber Kerajaan telah digembleng melalui agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Kastam, MAQIS, RELA dan beberapa agensi lain untuk membantu penguatkuasa KPDNHEP seperti model pelaksanaan penguatkuasaan COVID-19.

Advertisements

“Malahan Kementerian Belia dan Sukan turut bekerjasama dengan KPDNHEP dalam mengembleng tenaga anak muda belia sebagai pemantau dan mata-mata Kerajaan dalam memerangi penyelewengan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata,
Kerajaan juga telah menubuhkan satu Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diketuai oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia dan diurus setia oleh KPDNHEP bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terkesan dengan serius akibat daripada kenaikan inflasi di seluruh dunia;

“Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi adalah untuk membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dab menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

“Tiada elaun diperuntukkan kepada ahli mesyuarat kerana mereka berkhidmat sepenuhnya demi negara;

“Pasukan ini amat aktif dan telah bersidang sebanyak 3 kali semenjak penubuhannya pada 29 Jun 2022,” katanya.

Ismail Sabri juga menekankan pelbagai langkah proaktif jangka pendek bagi menangani isu bekalan dan harga makanan dilaksanakan sekali gus memastikan bekalan ayam kekal terjamin, termasuk pelaksanaan stokpail ayam untuk menangani kekurangan bekalan ayam di pasaran menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang akan melibatkan Pertubuhan Peladang secara gabungan.

“Kecekapan tuntutan subsidi ayam Kerajaan juga mempermudah proses pembayaran tuntutan subsidi harga ayam dengan membenarkan bayaran pendahuluan tuntutan khususnya penternak kecil dan sederhana,” katanya.

Pada masa sama, jelasnya, harga siling ayam Kerajaan telah membuat keputusan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram, bagi Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai 2022.

“Manakala, harga ayam di ladang ditetapkan pada RM6.00/kg dan harga ayam di pihak pemborong pada RM8.10/kg.

“Penetapan harga pada kadar RM9.40 sekilogram adalah harga yang telah disubsidi iaitu rakyat akan membeli pada harga yang lebih mahal jika tindakan ini tidak diambil oleh Kerajaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan