24 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

Jawatankuasa khas pantau penyaluran bantuan kepada siswa

Inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia menerusi Menu Keluarga Malaysia yang bernilai RM3.50 hendaklah bersesuaian dan mengambil kira kepelbagaian komposisi kaum di IPT.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia ditubuhkan bagi memantapkan tadbir urus penyaluran bantuan kebajikan kepada siswa di institusi pendidikan tinggi (IPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, jawatankuasa induk dipengerusikan beliau sendiri, sementara jawatankuasa pelaksana di peringkat institusi dipengerusikan naib canselor, rektor atau pengarah.

Menurutnya, menerusi mesyuarat pertama jawatankuasa pada Selasa lalu, beberapa keputusan dipersetujui iaitu pengecualian bayaran sewa enam bulan kepada pengusaha kafe dan penyedia perkhidmatan makanan di kampus IPT awam.

“Pengecualian diberikan supaya tanggungan kos boleh diserap bagi penurunan harga makanan yang dijual kepada pelajar.

“Inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia menerusi Menu Keluarga Malaysia yang bernilai RM3.50 hendaklah bersesuaian dan mengambil kira kepelbagaian komposisi kaum di IPT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Pelajar universiti ditemui meninggal dunia

Dalam pada itu, Noraini berkata, Pasukan Pemantau KPT – Kos Sara Hidup Siswa (KPTPantau) juga ditubuh bagi memantau secara berterusan kenaikan harga atau kos barangan dan perkhidmatan yang membabitkan sara hidup siswa di IPT.

Menurutnya, pemerkasaan Inisiatif Food Bank Siswa menerusi penubuhan Hab Food Bank Siswa yang akan berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barang keperluan siswa.

“Enam hab akan ditubuhkan mengikut zon iaitu Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak. Sebagai projek rintis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju untuk beroperasi sebagai hab bagi zon Tengah,” katanya.

Baca juga:   Lelaki maut, dirempuh MPV di pasar malam

Selain itu, Noraini berkata, penyelarasan kadar upah program Job on Campus (JoC) di peringkat IPT akan diteliti semula supaya selaras dengan Perintah Gaji Minimum 2022 oleh kerajaan.

“Pihak IPT turut disaran untuk meningkatkan jumlah penempatan JoC supaya lebih ramai pelajar, khususnya golongan berkeperluan dibantu dan memperoleh manfaat program.

“Pelan Tindakan Sara Hidup Siswa yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasakan kebajikan siswa.

“Selain aspek kos makanan, pelan ini turut mengambil kira konteks sara hidup siswa yang lebih luas. Ini termasuklah aspek keperluan pengajaran dan pembelajaran (seperti pelan data dan peranti), penginapan, pengangkutan dan yuran,” katanya.

Baca juga:   Tiada bayaran proses UPUOnline/Unik ID tahun ini - Noraini

-EDISI9

Wartawan

Terkini

43 tahun bersama UMNO, warganet beri kata semangat

TAN Sri Annuar Musa menyingkap kembali memori di awal pembabitannya menyertai parti UMNO setelah 43 tahun sebagai ahli dan...

Lagi Artikel Berkaitan