25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pemuda UMNO desak kelab komedi ditutup

Berikutan acap kali menampilkan persembahan komedi yang memperlekehkan agama Islam dan kaum-kaum tertentu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO hari ini mendesak agar kelab komedi Crackhouse ditutup terus kerana telah acap kali memperlekeh Islam secara halus menerusi persembahan komedinya.

Ketua pergerakan itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, isu kelab komedi tersebut bukan hanya melibatkan perbuatan seorang wanita sahaja.

“Cubalah tengok di Youtube. Bukan sekali dua tapi bersiri-siri lawak jenaka dan komedi yang menyindir, meremeh dan memperlekeh Islam dan secara halus juga mempersendakan kaum tertentu berterusan diadakan melalui pentas kelab ini.

“Apakah kita rela kesucian agama Islam dipersendakan sewenangnya atas nama hiburan, kebebasan bersuara ataupun seni jenaka?

“Apa keperluan buat perbandingan dangkal dengan mengaitkan dan disamakan pula dengan pendekatan ceramah agama?,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pelawak ternama yang mahukan agar Crackhouse tidak dihukum gara-gara tindakan seorang wanita yang tampil membuka tudung dan pakaian di atas pentas.

Advertisements

Antara pelawak dan selebriti yang tampil mempertahankan kelab tersebut ialah Datuk Afdlin Shauki, Doughlas Lim, Harith Iskander dan pelakon, Sharifah Amani.

Pada masa yang sama Asyraf memuji tindakan segera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung operasi kelab dan menyita premis tersebut susulan insiden tersebut.

Semalam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kelab komedi itu didapati tidak memiliki sebarang lesen hiburan.

Beliau berkata, lesen premis yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail itu diluluskan pada 2018 untuk operasi restoran dan jualan minuman keras sahaja.

Beliau berkata, walaupun lesen perniagaannya masih sah namun pengusaha berkenaan gagal untuk memenuhi lesen hiburan.

“Premis itu telah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga 2017, malah pengusaha juga gagal mematuhi pelbagai keperluan ditetapkan setiap kali permohonan dibuat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan