28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 26, 2022

Bekas pemain kebangsaan Venezuela jurulatih baharu JDT

Mesti Baca

BEKAS pemain kebangsaan Venezuela, Hector Bidoglio dilantik sebagai jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim FC (JDT) berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan JDT menerusi Facebooknya, Johor Southern Tigers hari ini.

Bidoglio akan menggantikan Benjamin Mora selepas pengendali dari Mexico itu mengundurkan diri daripada mengendalikan JDT atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Bidoglio, 54, memulakan karier profesionalnya sebagai pemain kelab Argentina, Newell’s Old Boys, sebelum menghabiskan sebahagian besar kariernya di Amerika Selatan selain turut pernah mewakili kelab Qatar, Al Arabi, sekitar 2004 hingga 2005.

Dia memulakan karier kejurulatihannya sebagai pembantu jurulatih Newell’s Old Boys pada 2013 sebelum menyertai Universidad San Martin dan Aucas sebagai ketua jurulatih.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim dengan sukacitanya mengumumkan Hector Bidoglio, bekas pemain Venezuela, sebagai ketua jurulatih Harimau Selatan berkuat kuasa serta-merta,” kata kenyataan itu.

Baca juga:   TFC beri amaran kepada peniaga barangan tiruan kelab

Bidoglio yang mempunyai 17 cap bersama skuad kebangsaan Venezuela pada tahun 1999 dan 2000 sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

Pengendali berusia 54 tahun itu pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis.

“Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor, Marcelo Bielsa, ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009,” kata JDT.

Semalam, kelab bola sepak paling berjaya di Malaysia itu dalam satu kenyataan mengumumkan pengunduran Mora sebagai pengendali Harimau Selatan.

Baca juga:   Bukit Malawati ditutup sementara akibat tanah runtuh

“Mora telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Mora merupakan jurulatih JDT paling berjaya dalam sejarah kelab dengan mengemudi empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

JDT berkata, Mora telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan.

“Terima kasih, Benjamin. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Baca juga:   Jerebu diramal datang lagi penghujung 2021

Wartawan

Terkini

Pasca PRU15: Tun M berbesar hati pengundi terus beri sokongan

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau amat berbesar hati dengan kesemua 4,566 pengundi yang menyokongnya pada...

Lagi Artikel Berkaitan