27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Kes penipuan siber membimbangkan, kerugian RM2.21 bilion

Inisiatif Pembangunan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber bagi Menangani Isu Penipuan Siber diwujudkan.

Mesti Baca

MAJLIS Sosial Negara (MSN) menzahirkan kebimbangan terhadap kes jenayah penipuan siber yang semakin meningkat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, sejak 2016 sehingga 2021 dilaporkan terdapat hampir 82,000 kes penipuan siber melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM2.21 bilion.

“Menyedari tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan masyarakat tentang risiko penipuan dalam talian, Inisiatif Pembangunan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber bagi Menangani Isu Penipuan Siber diwujudkan.

“Ia bagi melahirkan warga siber yang berpengetahuan dan bertanggungjawab serta melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa penjenayah siber,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat MSN kali pertama di Parlimen. Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, satu pasukan khas akan diwujudkan bagi menyediakan laluan khas kepada kanak-kanak lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melajutkan pelajaran.

Baca juga:   Acryl Sani, kepimpinan PDRM kunjungi Anwar

Ini kerana jelas beliau, mereka yang berusia 18 tahun lazimnya tidak lagi ditanggung oleh JKM menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang tercicir.

“Kerajaan amat mengambil berat tentang soal pemerkasaan kanak-kanak lepasan JKM bagi menjamin masa depan golongan itu,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pasukan tersebut akan disertai oleh agensi-agensi kerajaan manakala bidang pengajian pula sama ada akademik mahupun kemahiran.

Pada masa yang sama, tambah Ismail Sabri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan bertanggungjawab menyediakan dana pendidikan dan dana penempatan serta laluan kerjaya.

Baca juga:   PM adakan lawatan ke Kemboja dan Thailand

Manakala Yayasan Kebajikan Negara (YKN) pula, kata beliau, akan menjadi penjamin bagi membantu kanak-kanak lepasan institusi yang tiada dokumen dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.

“Perkeso dan MARA berperanan dalam menyediakan latihan serta peluang pekerjaan selepas mereka tamat pengajian. Kesemua bantuan ini akan diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, MSN juga bersetuju mewujudkan Gender Focal Team (GFT) di setiap kementerian dan agensi dalam usaha untuk meneroka potensi wanita dalam ekonomi dan mengarus perdana gender dalam setiap perancangan, pelaksanaan dasar dan inisiatif.

Untuk itu GFT akan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang ahli bagi mengkoordinasi dan melaksanakan inisiatif untuk mencapai kesaksamaan gender.

Wartawan

Terkini

Ahli UMNO jangan tinggalkan parti, pesan Annuar

TAN Sri Annuar Musa menitipkan nasihat terakhir kepada semua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh agar jangan meninggalkan parti susulan...

Lagi Artikel Berkaitan