Friday, July 24, 2026

Baling diuji lagi: 2 kampung di Mukim Kupang dilanda banjir kilat

Hujan lebat tanpa henti menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BALING diuji lagi kurang sebelum dari tragedi banjir lumpur apabila dua buah perkampungan iaitu Kampung Iboi dan Kampung Badang dalam Mukim Kupang dilanda banjir setinggi 0.5 meter.

Kejadian berkenaan berikutan hujan lebat sejak pukul 2 petang tadi.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, pihaknya menerima laporan banjir kilat di kawasan terbabit pada jam 5.30 petang dan 17 anggota serta pegawai APM dikerah ke lokasi bagi memantau serta memberi bantuan kepada penduduk.

“Hujan lebat tanpa henti menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk.

“Setakat ini, dua kampung dilaporkan dinaiki air. Bagaimanapun jumlah keluarga yang terbabit masih dalam bancian,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Rasidah berkata, jika hujan masih berterusan dan paras air sungai meningkat, laluan jambatan Bailey yang dibina di Kampung Iboi akan ditutup untuk keselamatan penduduk.

Menurutnya, penduduk yang berhampiran laluan sungai dan kawasan rendah juga akan diminta meninggalkan rumah jika keadaan bertambah buruk demi keselamatan mereka.

“Setakat ini, tidak ada pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dibuka,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan