27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPLB salur RM1.5 juta bina rumah mangsa banjir Baling

Rumah itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina 21 buah rumah baharu bagi mangsa banjir di daerah Baling yang kehilangan rumah kediaman dalam kejadian banjir dan kepala air pada 4 Julai lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, rumah tersebutakan dibina di atas tanah berkeluasan lebih satu hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Desa KEDA Sadek di Kupang.

“Kita dapati bahawa di Desa KEDA Sadek ini ada dua lokasi untuk pembinaan rumah, satu adalah padang yang anak-anak muda main bola dan satu lagi adalah di tanah kosong tepi jalan.

“Saya telah bincang dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPLB, Pengurus Besar KEDA dan kita bersetuju menjadikan tapak tanah di tepi jalan sebagai perumahan untuk mangsa banjir.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan tinjauan ke tapak tanah itu di Desa KEDA Sadek di Baling, Kedah, hari ini.

Jelas Mahdzir, pembinaan rumah jenis teres itu dijangka menelan belanja RM1.5 juta.

Rumah itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan dan akan diberikan kepada keluarga yang hilang tempat tinggal atau rumah mengalami kerosakan sehingga 80 peratus serta tidak boleh didiami ekoran bencana itu.

“Pembinaan rumah tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana akan melibatkan kelulusan kebenaran merancang yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata laporan terkini menunjukkan lebih 400 buah rumah mangsa banjir disenaraikan untuk dibaik pulih berbanding laporan awal sebanyak 60 buah rumah.

KPLB katanya telah mengadakan perbincangan dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk menyegerakan kerja baik pulih kerosakan rumah mangsa banjir tersebut.

“Tahap kerosakan tu ada pelbagai kategori, jadi saya sudah bincang dengan TKSU, kita tengok mungkin boleh disegerakan untuk KEDA dan GiatMARA untuk datang membuat apa yang patut (untuk baik pulih rumah), bincang dengan pejabat daerah dan kemudian kita boleh laksanakan.

“Tapi dalam proses itu ada juga yang dikendalikan oleh ICU, sebab kita punya bajet banjir, kita pun ada kekangan, jadi maknanya KPLB dan ICU bersama membantu membaik pulih rumah mangsa banjir,” kata Mahdzir.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan