31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Perkeso gantung bayaran Program PenjanaKerjaya RM423 juta

Perkeso komited untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada SPRM.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso)telah menggantung bayaran Program PenjanaKerjaya berjumlah RM423 juta sebagai tindakan proaktif susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan palsu Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, tindakan penggantungan bayaran tersebut dibuat berdasarkan penganalisian data dan pemantauan berterusan oleh Bahagian Anti-
Fraud, Etika & Integriti (AFEI), Perkeso.

Kata beliau, pihaknya komited untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada SPRM dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini membabitkan pihak majikan dan penyedia latihan di seluruh negara melalui Ops Hire.

“Ops Hire bermatlamat membanteras penyelewengan dana Kerajaan tersebut dilaksanakan secara bersepadu bermula Rabu lalu setelah SPRM dan Perkeso menjalankan pemantauan dan risikan terhadap penerima dana PenjanaKerjaya sejak bulan Mei tahun lalu dan mendapati ada antara majikan yang mengemukakan tuntutan palsu dan menyeleweng dana ini.

“Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang diamanahkan untuk
melaksanakan pelbagai inisiatif Kerajaan semasa tempoh pandemik COVID-19, Perkeso
memandang serius isu penyelewengan ini kerana bantuan kewangan Kerajaan bertujuan untuk meringankan beban pihak yang layak serta benar-benar memerlukan, mengikut syarat dan kaedah yang ditetapkan,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   Seleweng dana, 4 pegawai kanan GLC ditahan SPRM Kedah

Mengulas lanjut, kata beliau, AFEI juga berkerjasama rapat dengan Bahagian Kewangan dan Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso untuk memastikan setiap permohonan yang diterima dapat disemak sepenuhnya dengan teliti, sebelum bayaran dibuat kepada penerima insentif.

Baca juga:   Tengku Adnan tak bebas sepenuhnya, masih boleh dituduh - SPRM

“Sehingga kini, jumlah bayaran yang telah dibuat oleh Perkeso kepada para majikan dan
pekerja di bawah Program PenjanaKerjaya adalah sebanyak RM1.72 bilion, membabitkan
seramai 45,379 majikan bagi menempatkan 327,789 pencari kerja ke dalam pekerjaan,” katanya.

Jelasnya, Program PenjanaKerjaya merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan bertujuan untuk merangsang pewujudan pekerjaan oleh para majikan, sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan seterusnya, mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

“Program ini mula diperkenal buat pertama kalinya pada 15 Jun 2020 di bawah Pelan
Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan kini, program ini masih diteruskan menerusi
inisiatif JaminKerja – Insentif Penggajian,” katanya.

Ujar beliau, Perkeso amat menekankan nilai integriti, kejujuran dan amanah dalam pengagihan bantuan kewangan Kerajaan kerana ia melibatkan dana awam.

“Sehubungan itu, PERKESO mengingatkan para majikan supaya jujur dan dan berintegriti dalam mengemukakan permohonan untuk apa-apa program bantuan Kerajaan termasuk PenjanaKerjaya yang dilaksanakan oleh
agensi ini.

“Mana-mana majikan yang telah menyalahgunakan dana Program PenjanaKerjaya ini atau mengemukakan permohonan tanpa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan adalah diminta untuk tampil dan membuat bayaran balik secara sukarela, atau berhubung dengan pihak PERKESO bagi menyelesaikan isu ini sebelum sebarang tindakan diambil,”katanya.

Semalam, media melaporkan sebanyak 24 kertas siasatan berkaitan bayaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Baca juga:   Jemaah Malaysia dibenar tunai umrah mulai 1 Muharam
Baca juga:   SPRM nafi dua pegawai kanan dalang rasuah korporat

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, ini susulan operasi besar-besaran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semalam.

Beliau berkata, kertas siasatan itu melibatkan tuntutan-tuntutan bayaran penjana yang dibuat oleh syarikat-syarikat di seluruh negara kepada pihak Perkeso. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan