26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Lelaki bujang tekad edar risalah cari calon isteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENCUIT HATI!! apabila seorang lelaki tekad menggantung kain rentang dan mengedarkan beberapa keping risalah kepada orang ramai dalam mencari calon isteri, kerana sudah lama bujang.

Berdasarkan perkongsian Ariff Peter di media sosial, difahamkan sebelum ini dia telah beberapa kali dikecewakan dalam perhubungan sehingga berani bertindak sedemikian untuk menemui pasangan hidup.

Menariknya, dia turut menawarkan elaun dan hadiah lumayan buat mana-mana wanita yang telah bersiap sedia untuk menjadi seorang suri rumah selepas berkahwin dengannya.

Lebih mengejutkan orang ramai, apabila Ariff juga menjanjikan RM10,000 kepada sesiapa sesiapa sahaja yang berjaya membantu mendapatkan pasangan hidup buatnya.

“Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia, kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan saya jodoh akan dapat hadiah lumayan wang tunai sebanyak RM10,000,” katanya dalam satu hantaran.

Dalam pada itu, Ariff meninggalkan nombor telefon serta beberapa akaun media sosialnya untuk dihubungi.

Baca juga:   METMalaysia nafi maklumat tular ribut bertembung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum melihat usaha lelaki berkenaan dalam mencari jodoh.

Ada juga pengguna menawarkan beberapa pilihan nama rakan mereka untuk dijadikan pasangan hidup Ariff.

“Usaha sudah, ikhtiar sudah, jangan lupa sentiasa berdoa itu yang paling penting,” kata Amirul Asyraf.

“Mari, adik saya ada seorang masih bujang, kerja di sebuah bank, usia 30 tahun, pandai masak, masa saya bersalin, adik saya yang jaga semuanya,” ujar Mak Enon.-Edisi 9

Baca juga:   Zahid sedih bapanya dihina, tetapi simpati dengan Muhyiddin

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan