23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

SK Kempadang, SMK Kampung Jawa calon sekolah terbaik dunia

Pemenang bagi setiap kategori yang akan diumum pada Minggu Pendidikan Dunia, 16 hingga 21 Oktober depan akan menerima AS$50,000.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA Sekolah Amanah Malaysia telah disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi menerima Anugerah Sekolah Terbaik Dunia anjuran T4 Education.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori Inovasi manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor bagi kategori Menangani Cabaran.

Bernama yang memetik kenyataan T4 Education berkata, anugerah yang dilancarkan pada tahun ini dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai AS$250,000.

Menurut kenyataan itu, tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat.

Pemenang bagi setiap kategori yang akan diumum pada Minggu Pendidikan Dunia pada 16 hingga 21 Oktober depan akan menerima AS$50,000.

Baca juga:   PN sudah didaftarkan, dakwaan tiada rekod tak berasas - JPPM

Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota dalam kenyataan itu berkata, sekolah yang disenarai pendek tersebut dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan sebenar kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh kepada orang ramai.

“Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan.

“Kini, para pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini,” katanya.

Baca juga:   Dira dilantik Timbalan Speaker DUN Melaka

Terkini

MBM sokong kenyataan PM gelar Israel sebuah negara Aparteid

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuhnya kenyataan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)...

Lagi Artikel Berkaitan