36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes tembak wanita hamil: Polis kesan ‘Aimay’

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nor Mazura Yaacob di talian 013-9405819 atau mana-mana balai polis terdekat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh wanita hamil yang ditemukan dengan kesan tembakan pada perut dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Repek, di Pasir Mas, Kelantan, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Zulhakimy Aiman Suhaidruddin, 21, atau nama gelarannya ‘Aimay’ yang berasal dari Kampung Pak Jak.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nor Mazura Yaacob di talian 013-9405819 atau mana-mana balai polis terdekat.

“Kerjasama orang ramai amat dihargai dalam membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, yang mengandung tujuh bulan ditemui pada 4 petang Sabtu lalu oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Mangsa yang bekerja sebagai peniaga ditemui terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di perut kirinya dalam kereta Nissan Cefiro yang didaftarkan atas nama ibu kepada tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun itu.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan