32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pelajar cemerlang SPM 2021 bekerja sambilan bantu ibu bapa

Siti Nur Syafiqah Mahadi, pelajar MRSM Tun Ghafar Baba itu memperoleh 10A dalam peperiksaan SPM 2021

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SIAPA sangka, wajah manis remaja ini yang sering dilihat di kantin Universiti Malaya (UM) rupa-rupanya seorang pelajar pintar dan berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Remaja tersebut, Siti Nur Syafiqah Mahadi, 18, rupanya mengisi masa lapang sementara menunggu keputusan SPM dengan bekerja sebagai pembantu kantin di universiti ternama itu bagi menambah pendapatan ibu bapanya.

Dia yang belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka itu sebetulnya memperoleh 10A dalam peperiksaan tersebut yang keputusannya diumumkan 16 Jun lalu.

“Adik Siti Nur Syafiqah tinggal di Taman Medan (Petaling Jaya) dan bersekolah di asrama penuh MRSM Tun Ghafar Baba berasa amat gembira dengan keputusan yang diperolehi serta berterima kasih kepada kedua ibu bapa serta guru-guru beliau

“Hari ini admin (pentadbir) sempat bersembang dengan adik Siti Nur Syafiqah yang mesra dan peramah ini.

Slip peperiksaan SPM 2021 milik Siti Nur Syafiqah Mahadi. – Sumber: FB Komuniti Petaling Jaya.

“Sementara menunggu keputusan SPM beliau bekerja sementara di kantin Universiti Malaya (UM) untuk membantu pendapatan keluarga,” seperti dikongsikan dalam Facebook Komuniti Petaling Jaya.

Advertisements

Siti Nur Syafiqah memperoleh A+ dalam enam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik serta Fizik.

Manakala empat subjek lagi mendapat A iaitu Matematik Tambahan, Seni Visual, Kimia serta Biologi.

Dalam SPM 2021, seramai 5,827 pelajar MRSM mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian tinggi dalam semua subjek.
 
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pencapaian pelajar MRSM itu satu kejayaan yang memberangsangkan kerana mereka merupakan kohort yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sejak mereka di Tingkatan 4.

Sebanyak empat MRSM mencatat prestasi cemerlang dengan GPM kurang daripada 2.0 iaitu MRSM Taiping, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Langkawi dan MRSM Tun Abdul Razak.
 
Seramai 7,307 orang pelajar dari 53 buah MRSM di seluruh Malaysia menduduki peperiksaan SPM 2021 pada bulan Mac lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan