28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Muhyiddin nafi terima RM1.3 juta daripada UKSB

Pada masa berkenaan, beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan menerima wang tunai jutaan ringgit daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti mana kenyataan diberikan seorang pengurus pentadbiran syarikat berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, pernyataan berkenaan memberikan gambaran beliau juga menerima sogokan.

“Saya dimaklumkan tentang keterangan mahkamah yang diberikan seorang pengurus pentadbiran syarikat UKSB yang terlibat dalam kes sogokan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kononnya, syarikat tersebut telah memberikan wang tunai sebanyak RM1.3 juta kepada saya di antara bulan Jun dan Ogos 2018. Ini memberikan gambaran saya juga menerima sogokan.

“Pernyataan ini adalah palsu. Saya dengan tegasnya menafikan pernyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata, pada tarikh berkenaan, beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, tugasan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri telah diambil alih oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

“Hal ini tersebar luas dalam media massa (lihat pautan https://www.malaysiakini.com/news/433930)

“Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara.

“Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu,” katanya.

Menurut Presiden Bersatu itu, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas.

“Saya dengan ini menyatakan bahawa saya tidak pernah menerima, secara langsung atau tidak langsung, sebarang wang daripada David Tan, saksi dari Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, pengarahnya ataupun pemegang sahamnya.

“Saya juga tidak pernah disoal atau disiasat oleh pihak berkuasa berkenaan dengan tomahan ini,” kata beliau.

Menurutnya, adalah diharapkan pihak pendakwaan akan menjelaskan perkara berkenaan supaya tidak menimbulkan fitnah buruk terhadap beliau sedangkan beliau tegas menentang rasuah.

“Saya juga bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan