24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

KPM lanjut tempoh pengecualian sewa sehingga 31 Disember

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini bersetuju melanjutkan tempoh pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah-sekolah di bawah kementerian itu bermula 1 Julai sehingga 31 Disember ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, keputusan itu ekoran melihat situasi ekonomi semasa dan mengambil kira mereka sedang dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19.

“KPM yakin lanjutan tempoh selama enam bulan ini akan dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengusaha kantin dan penyewa premis KPM, dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah,” katanya dalam satu rakaman video hari ini.

KPM mula memberikan pengecualian bayaran sewaan kantin dan premisnya selama enam bulan pada Julai 2021 susulan penutupan sekolah ekoran pandemik Covid-19

Premis atau ruang yang diberikan pengecualian sewa itu termasuk kedai buku, koperasi, kedai dobi dan mesin layan diri yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kementerian itu kemudian melanjutkan pengecualian sewaan kantin bagi tempoh enam bulan bermula Januari 2022 sehingga bulan ini.

Advertisements

Sementara itu, orang ramai melahirkan rasa syukur dengan langkah yang dibuat oleh KPM dan berterima kasih kerana menyelami dan memahami keadaan pengusaha kantin.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka berharap pihak KPM dapat mengeluarkan surat makluman rasmi mengenai pengecualian itu kepada semua pengusaha kantin dan penyewa premis, khususnya kedai buku.

Seorang warganet, Leona Melon berkata, walaupun pihak KPM sudah memberikan pengecualian sewaan premis dan bagi ruang kedai buku pada 9 Januari lalu, namun sehingga kini pihaknya belum mendapat makluman rasmi berhubung hal itu.

“Tidak seperti pengecualian sewa kantin, sehingga kini kami belum menerima surat pengesahan tersebut. Harap dapat disegerakan surat berkeaan oleh pihak-pihak yang berkenaan,” katanya menerusi ruangan komen dalam Facebook milik Radzi.

Syahrel Razali turut berharap surat pengecualian itu dapat sampai ke sekolah dengan cepat terutama bagi pengusaha kedai buku.

“Untuk kantin yang lepas ada tapi kedai buku sampai sekarang tak ada. Kami di sekolah yang susah nanti, harap dapat dipermudahkan urusan kami,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan