25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Keputusan SPM 2021 diketahui 16 Jun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada Khamis, 16 Jun 2022.

Dalam pada itu, bagi calon persendirian, slip keputusan akan dipos pada tarikh yang sama.

“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selain boleh mendapatkan slip di sekolah, pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui beberapa kaedah lain termasuk dalam talian melalui laman sesawang myresultspm.moe.gov.my mulai 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga 6 petang pada 24 Jun 2022.

Calon juga boleh mendapatkan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem keputusan melalui SMS akan diaktifkan dalam tempoh yang sama sehingga pukul 6.00 petang 22 Jun 2022.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan