29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pengusaha makanan di rumah digalak berdaftar dengan KKM – KJ

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGUSAHA dan pengendali makanan yang beroperasi di rumah digalak untuk mendaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memberi jaminan keselamatan makanan yang disediakan untuk pengguna.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, biarpun tidak diwajibkan, penyenaraian itu dapat memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih produk makanan yang dijual dalam platform perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailling) yang diyakini selamat.

Menurutnya, ketika ini penyenaraian itu masih dibuat secara sukarela yang boleh disemak melalui laman sesawang KKM.

“KKM perlu sentiasa berada di hadapan kelok perubahan teknologi makanan yang antara lain termasuk perubahan kepada gaya hidup masyarakat yang menyaksikan banyak permintaan makanan melalui platform dalam talian.

“Ketika ini lebih banyak perniagaan yang beroperasi dari rumah (homebase) berikutan perubahan gaya hidup sepanjang pandemik Covid-19,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan, di Sepang, hari ini.

Khairy berkata, ia memerlukan kualiti makanan dan semakan kepada kualiti yang memastikan Keluarga Malaysia dapat makanan yang selamat.

“Sebab itu, kita ada penyenaraian pengendali makanan dari rumah. Ini bukan sijil wajib tetapi kita galakkan supaya mereka ada dalam senarai KKM,” katanya.

Advertisements

Untuk rekod bermula 1 April lalu, KKM memperkenalkan satu program khusus iaitu Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food) untuk membantu pengusaha makanan home-based dalam pematuhan kepada keperluan perundangan seperti vaksinasi anti-tifoid dan latihan pengendali makanan.

Menurutnya, KKM turut memastikan aktiviti pemantauan sentiasa dijalankan ke atas premis dan produk makanan yang dijual di pasaran.

“Pada tahun lalu sebanyak 45,361 premis makanan di seluruh negara telah diperiksa di mana sejumlah 44,664 (98.5 peratus) premis makanan adalah bersih.

“Manakala sebanyak 697 (1.5 peratus) premis makanan yang diperiksa termasuk restoran dan kedai makan telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Selain itu menurutnya, sebanyak 9,034 notis dikeluarkan kepada pemilik premis makanan yang tidak mematuhi Peraturan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan