25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Wanita cadang projek karpet kepada syarikat suami didakwa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penolong akauntan kanan, Majlis Daerah Marang (MDM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan salah guna kuasa mencadangkan projek kepada suaminya pada tahun lalu.

Tertuduh, Sazawati Salleh, 49, membuat pengakuan tidak bersalah apabila kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyalahguna jawatannya sebagai pegawai kanan MDM dengan mencadangkan sebut harga sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan suaminya.

Sebut harga itu berhubung kerja-kerja memasang karpet di ruang pejabat dan bilik Pegawai Bahagian Kewangan MDM yang bernilai RM10,640.

Advertisements

Sazawati didakwa melakukan perbuatan tersebut di Bahagian Kewangan MDM pada 12 Januari 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan