27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

HFMD: Kes meningkat 32 kali ganda bagi ME 22/2022

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERDAPAT peningkatan 32 kali ganda bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bagi minggu epidemiologi (ME) 22/2022 pada 4 Jun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 82,846 kes telah dilaporkan, berbanding tempoh sama tahun 2021, iaitu 2,485 kes.

“Manakala berbanding pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19), 30,489 kes bagi tempoh yang sama pada tahun itu dengan peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda bagi ME 22/2022,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Sementara itu, katanya, kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME22/2022 sahaja adalah 16,954 kes, menurun sebanyak 9.3 peratus berbanding ME 21/2022 iaitu 18,688 kes.

Sehingga 4 Jun 2022, negeri Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri-negeri lain, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Kelantan dan Johor.

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 74,841 kes (90 peratus).

Baca juga:   Pindaan Akta Insolvensi sedang dirangka - Azalina

Diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 6,520 kes (8 peratus).

Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu seramai 1,485 kes (2 peratus).

Wartawan

Terkini

Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri

PROGRAM Menu Rahmah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijangka akan dilaksanakan selepas Aidilfitri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

Lagi Artikel Berkaitan