29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 21, 2024

Kemas diiktiraf jenama paling dipercayai Readers Digest

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus menerima pengiktirafan sebagai jenama yang dipercayai oleh Readers Digest dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di negara ini kali ke-3.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, transformasi yang diperkenalkan oleh KEMAS dalam pendidikan awal kanak-kanak termasuk memperkenalkan pendigitalan dalam pembelajaran membuktikan pendidikan awal kanak-kanak di bawah KEMAS seiring dengan peredaran semasa.

“Semasa pandemik COVID-19 menyaksikan pelbagai transformasi dilaksanakan oleh KEMAS dalam memastikan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR) secara dalam talian membolehkan pelajar-pelajar KEMAS mengikuti PDPR dengan lebih tersusun dan sistematik.

“PDPR secara dalam talian juga mampu memastikan pelajar-pelajar KEMAS tidak ketinggalan dalam pembelajaran sekaligus memberikan keyakinan kepada ibu bapa dalam memilih dan mempercayai KEMAS sebagai pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Beliau menambah, penilaian Readers Digest berteraskan kepada 7 aspek iaitu kualiti, inovasi, mutu dan tanggungjawab sosial, kebolehpercayaan, kredibiliti dan memahami kehendak pengguna.

“Kaedah pengukuran kualiti dan penilaian persepsi ke atas pengguna yang dilaksanakan oleh Readers Digest berbentuk subjektif ini membuktikan penilaian yang telus serta tiada unsur-unsur paksaan kepada pengguna untuk meletakkan jenama tertentu dalam soal selidik yang dibuat, “katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika hadir menerima Anugerah Jenama Dipercayai Readers Digest Tahun 2022 bagi pihak KEMAS.

Turut hadir Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Mohamad Yazid Bidin, Ketua Pengarah KEMAS dan pengurusan tertinggi KEMAS.

Pada majlis tersebut, Abdul Rahman menerima Trofi Pengiktirafan daripada Cik Sheron White, Pengarah Pemasaran dan Pengiklanan Asia Pasifik Readers Digest.

Abdul Rahman yang turut mewakili pihak kerajaan merakamkan tahniah kepada seluruh pengurusan KEMAS serta 10,206 orang Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS dalam memastikan KEMAS terus mendapat kepercayaan dan keyakinan Keluarga Malaysia dalam pendidikan awal kanak-kanak.

“Sesi Libat Urus KEMAS, Ibu bapa dan masyarakat setempat secara berterusan dalam program dan aktiviti melibatkan pendidikan awal kanak-kanak akan diteruskan dan ditingkatkan demi memastikan kepercayaan ini terus kekal sekaligus memartabatkan institusi pendidikan awal kanak-kanak di bawah KEMAS terus unggul di persada pendidikan negara,”katanya.-Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda ‘bungkus’ lebih awal

SKUAD Harimau Muda “pulang awal” dalam aksi Piala Asia Bawah 23 Tahun (B23) setelah tewas 0-2 kepada Vietnam dalam...

Lagi Artikel Berkaitan