31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KBS pilih kasih, anak tirikan pasukan hoki negara?

Kejayaan pasukan hoki negara muncul Naib Juara Piala Asia dan layak ke Piala Dunia 2023 tidak mendapat perhatian KBS

Mesti Baca

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) seolah-olah pilih kasih apabila mahu memberikan imbuhan kepada skuad bola sepak kebangsaan yang layak ke Piala Asia secara merit selepas menanti selama 42 tahun.

Bekas pengurus bola sepak Selangor, Zakaria Rahim berkata, ini kerana KBS sedikit pun tidak memandang pencapaian skuad hoki negara yang muncul naib juara Piala Asia serta layak ke Piala Dunia tahun depan.

Beliau berkata, KBS juga perlu memberikan imbuhan kepada para penerjun muda negara yang menyapu bersih lapan pingat emas pada temasya Sukan SEA tempoh hari.

“Tiba-tiba pasukan bola sepak yang jadi pasukan yang ke-23 daripada 24 pasukan layak ke Piala Asia diberi layanan istimewa, dipertimbangkan imbuhan?

“Sedangkan mereka semua bergaji puluhan ribu, berkereta mewah, meraikannya di kelab malam dan golongan T20,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

ZACK RAHIM

Berikut pandangan Zakaria atau mesra dipanggil Zack berhubung cadangan pemberian imbuhan kepada skuad Harimau Malaya:

Pasukan hoki negara masuk final Piala Asia, Naib Juara Asia, layak ke Piala Dunia 2023, ranking ke-10 dunia, mana imbuhan?

Main di Jakarta sahaja pun tak ada wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) datang bagi semangat. Mereka pulang pun tak disambut.

Mereka ada yang hanya kerja juruteknik, kerani dan paling tinggi inspektor polis. Ada yang masih belajar. Mudahnya, majoriti mereka golongan B40.

Pasukan terjun negara yang rata-rata athlet muda remaja sapu bersih semua lapan pingat emas di Sukan SEA tak ada imbuhan, tak disambut?

Kimberly Bong, 20, satu emas; Ong Ker Ying, 20, satu emas; Nur Dhabitah, 22, dua emas; Gabriel Gilbert Daim, 20, satu emas; Bertrand Rhodick Anak Lises, 18, satu emas. Separuh mereka anak kampung di Sarawak dan pelajar. Kategori B berapa pula ini?

Tiba-tiba pasukan bolasepak yang jadi pasukan yang ke-23 daripada 24 pasukan layak ke Piala Asia diberi layanan istimewa, dipertimbangkan imbuhan? Sedangkan mereka semua bergaji puluhan ribu, berkereta mewah, meraikannya di kelab malam dan golongan T20.

Di Piala Asia nanti, Malaysia dalam Balang 4, balang terakhir. Tiga lagi balang (18 negara) semuanya pasukan ranking 100 FIFA. Malaysia ada 10 bulan lagi untuk naikkan ranking supaya dapat pindah ke Balang 3 atau berada dalam ranking 100 FIFA.

Untuk capai tu, Malaysia perlu kalahkan pasukan ranking 100 dalam perlawanan persahabatan. Tapi tak semua pasukan 100 FIFA sudi nak lawan dengan pasukan ranking bawahan (Malaysia 154 setakat ni).

Mereka pun nak pertingkat ranking mereka. Menang dengan pasukan ranking bawah ini bawa sedikit sahaja mata. Kecuali beri mereka wang untuk datang ke Kuala Lumpur.

KBS perlu kaji semula kalau nak bagi imbuhan, mana perlu diutamakan. Jika pun nak bagi imbuhan kepada pasukan bola sepak, bukan kepada pemain tetapi kepada pasukan.

Beri imbuhan kepada pasukan U17 yang rata-rata pelajar sekolah yang sedang bersiap untuk layak ke Piala Dunia U17 FIFA. Mereka ni prospek ke Piala Dunia FIFA 2030, itupun kalau serius nak ke Piala Dunialah. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan