30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Hina Raja Perlis: Lelaki dipenjara setahun, denda RM5,000

Hakim Musyiri Peet turut mengenakan hukuman denda RM5,000 ke atas tertuduh, Muhamad Basri Shah Rohani, 31, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pembantu kedai runcit terpaksa meringkuk di penjara selama setahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini atas pertuduhan menghina Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 22 Mac lalu.

Hakim Musyiri Peet turut mengenakan hukuman denda RM5,000 ke atas tertuduh, Muhamad Basri Shah Rohani, 31, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Facebook menggunakan nama Basri Shah dengan kata-kata menghasut di sebuah hotel di sini kira-kira pukul 1.45 petang, 22 Mac lalu.

Hantaran tersebut mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Tuanku Syed Sirajuddin dengan pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tiga melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 

Advertisements

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Iman Nur Azmi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Terdahulu, Nur Azmi dalam rayuannya memohon dikenakan denda paling minima memandangkan ia adalah kesalahan pertama tertuduh, selain terpaksa menanggung ibu bapa yang mempunyai penyakit kencing manis dan sakit jantung serta isteri yang hamil enam bulan.

Bagaimanapun, Mohd Nordin memohon mahkamah memberikan satu hukuman berat kepada tertuduh sebagai pengajaran memandangkan kes itu membabitkan kepentingan awam yang menyentuh institusi agama negeri yang berada di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis dan Mufti Perlis.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan