26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Ahli MT dilantik gagal pertahan Presiden elok berundur – Shabery

Mesti Baca

MANA-MANA Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik oleh Presiden parti tetapi tidak boleh mempertahankan pemimpin mereka lebih baik berundur.

Demikian ditegaskan oleh Ahli MT UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata, di dalam UMNO, Presiden berhak melantik 13 orang sebagai ahli MT selain Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan sebagai badan teratas dalam pembuatan keputusan.

Manakala di peringkat bahagian pula, Ketua Bahagian berhak melantik 10 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian iaitu separuh daripada 20 AJK Bahagian yang dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian.

“Presiden tidak perlu berunding dengan Timbalannya dan Ketua Bahagian pun tak perlu berunding dengan Timbalannya. Kesemua ini menjadikan Presiden dan Ketua Bahagian kuat. Institusi parti lebih stabil.

“Diharapkan mereka inilah yang akan mempertahankan ketua yang melantik mereka.

“Sekiranya ada perbezaan mereka mesti rundingkan dahulu dengan orang yang melantik mereka. Tidak menzahirkannya di khalayak ramai. Kalau masih rasa tak bersetuju eloklah berundur diri,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca juga:   BN cadang nama Hasni calon tunggal MB

Kenyataan beliau itu dipercayai berkaitan dengan pengguguran Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli MT UMNO susulan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Tajuddin merupakan salah seorang daripada 13 Ahli MT yang dilantik oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Shabery berkata, kaedah yang diamalkan oleh UMNO itu adalah sama dalam mana-mana organisasi.

Baca juga:   Annuar Musa tolak tawaran parti lain, kekal dengan UMNO

“Pernah bercakap dengan seorang Ketua Pengarang akhbar penegak kebebasan kewartawanan. Dia pun setuju wartawan akhbarnya mesti ikut kehendak Ketua Pengarang dan tak boleh mengkritik sesuka hati akhbarnya dengan menulis di akhbar lain,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa demokrasi itu adalah unik dan berbeza dengan sistem anarki.

“Anarki ialah sistem pemerintahan yang tidak ada siapa boleh mengawal sesiapa dan sesiapa pun boleh apa buat sahaja tanpa menghiraukan sesiapa atau apa-apa,” katanya.

Wartawan

Terkini

Poster tular pengeluaran terakhir RM100 hingga RM50,000 diluluskan KWSP palsu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nafi meluluskan pengeluaran sebanyak RM100 hingga RM50,000 sebelum AidilFitri oleh Menteri Kewangan melalui poster...

Lagi Artikel Berkaitan